Monday, 14 May 2012

Contoh surat rasmi rayuan


Abdul Rahman Bin Abu
Kampung xxxx
88888 xxxxxx
SARAWAK

14 Mei 2012
.............................................................................................................................................

Rektor
Universiti Teknologi MARA Sarawak
Jalan Meranek
94300 Kota Samarahan
SARAWAK


Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA-PERDAGANGAN

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.  Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonan anak saya seperti butiran dibawah dapat dipertimbangkan bagi program Pra-Perdagangan.

Nama Pemohon: AZMAN BIN SUDIN
Nombor Kad Pengenalan: 991013-10-5167


3. Untuk makluman tuan, saya mempunyai 4 orang tanggungan. Maklumat lanjut tanggungan saya adalah seperti berikut:

Nama
Umur
Maklumat pendidikan













4. Dari segi  pendapatan, saya berkerja sebagai sebagai operator pengeluaran dengan pendapatan kasar RM900 dan Bersih RM850. Manakala isteri saya merupakan surirumah sepenuh masa. Salinan slip pendapatan, Kad pengenalan, sijil kelahiran dan keputusan SPM dilampirkan bersama-sama permohonan ini bagi rujukan pihak tuan.

Saya sangat mengharapkan pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan anak saya. Segala budi bicara dan bantuan pihak tuan adalah sangat-sangat diharapkan.

Sekian.

Terima Kasih



Abdul Rahman Bin Abu